• Call Us60 19-263 7283
  • Login
SILA ISI GOOGLE FORM DIBAWAH

https://forms.gle/vpLN1J1bix6hTsFg6

PERATURAN DAN PERJANJIAN PUSAT TUISYEN BTP DENGAN IBUBAPA

 
1. Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 7 hari bulan setiap bulan. Sekiranya terdapat masalah dalam pembayaran yuran, sila maklumkan pada pihak pusat tuisyen.

2. Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan sekiranya pelajar berhenti separuh kelas.

3. Pelajar tidak dibenarkan menghadiri kelas yang tidak mereka daftar.

4. Kelas hanya berlangsung selama 4 minggu sahaja dalam sebulan. Hari selebihnya bergantung pada budi bicara pihak pusat tuisyen. Pusat tuisyen berkuasa sepenuhnya untuk membatalkan kelas atau menggantikan dengan program yang lain sekiranya ada.

5. Pihak pusat tuisyen akan bercuti pada setiap cuti AM dan kelas akan diganti, manakala cuti puasa dan hari raya, pihak pusat tuisyen akan bercuti selama seminggu tanpa ganti.

6. Kelas ganti hanya akan dibuat apabila pihak tuisyen membatalkan kelas atas sebab tertentu atau pelajar mempunyai program berkaitan sekolah sahaja. Alasan individu tidak diterima.
7. Untuk kelas ganti, pelajar dikehendaki berbicang bersama guru seminggu sebelum tarikh kelas ganti tersebut.

8. Pelajar yang ingin atau sudah berhenti hendaklah menyelesaikan hutang yang tertunggak jika ada.

9. Jika pelajar tidak hadir selama 2 minggu berturut-turut ke kelas dan tanpa sebarang pemberitahuan dibuat kepada pihak pusat tuisyen, mesej melalui whatsapp akan dihantar. Jika masih tiada sebarang maklum balas, pelajar akan diberhentikan serta-merta.

10. Ibubapa dinasihatkan untuk mengambil anak selewatnya 10 minit selepas kelas tamat, bagi menjaga keselamatan anak dan guru.

11. Jika terdapat pelajar yang mengalami kesukaran untuk ke pusat tuisyen, boleh maklumkan kepada pihak tuisyen untuk berbincang.

12. Ibu bapa yang hendak berjumpa dengan guru, perlu membuat temu janji terlebih dahulu kepada pihak pusat tuisyen.

13. Hubungi 019-2637283 atau 011-10731474 sekiranya mempunyai sebarang urusan.

14. Yuran boleh dibayar secara tunai atau "online banking" kepada akaun BANK RAKYAT pusat tuisyen (NAMA: PUSAT TUISYEN BIJAK TEKUN PANDAI, NO. AKAUN: 1101533871). Bagi pembayaran secara "online banking", resit bukti pembayaran hendaklah dihantar kepada pihak pusat tuisyen sebagai rujukan.

15. Ibubapa boleh menuntut resit pembayaran kepada pihak pusat tuisyen sebagai rujukan.
Sekiranya terdapat kesilapan dalam pembayaran, ibu bapa boleh membuat aduan dengan menunjukkan resit pembayaran kepada pusat tuisyen.

16. Pihak pusat tuisyen berkuasa penuh untuk merampas sebarang permainan, "gadget", atau apa-apa bentuk perkara yang mampu mengancam keselamatan pelajar di pusat tuisyen mahupun mengganggu konsentrasi ketika kelas berlangsung. Barang rampasan hanya boleh dituntut oleh ibubapa.

17. Jika pelajar terdapat masalah disiplin seperti merokok, melepak, membuli atau sebarang kes di pusat tuisyen, pihak pusat tuiyen berkuasa untuk memberhentikan pelajar tersebut atas budi bicara bersama ibu bapa.

18. Sekiranya berlaku kecemasan kecederaan terhadap pelajar, ibu bapa membenarkan pihak pusat tuisyen untuk membuat rawatan kecemasan atau membawa pelajar ke klinik, hospital atau pusat rawatan.

19. Notis sebulan awal hendaklah diberikan sekiranya pelajar tidak ingin meneruskan tuisyen atau bayaran akan dikenakan pada bulan tersebut.